Sony Xperia 1 VII akan dilancarkan pada 15 Mei depan dan seperti kelaziman maklumat mengenai peranti dan rekaannya telah tertiris menerusi laman Android Headlines. Tiada perbezaan ketara antara Xperia 1 VII dan Xperia 1 VI tahun lalu. Peranti mengekalkan rekaan tubuh berkotak dengan skrin rata.

Pada sisi kanan masih terdapat butang kawalan kamera, kuasa dan laras audio. Sony turut masih mengekalkan bicu audio 3.5mm yang semakin pupus pada peranti kelas mercu. Di belakang tiga kamera disusun secara menegak dengan ia masih menggunakan lensa Zeiss dan dibagunkan dengan kepakaran siri Sony Alpha.

Bateri sebesar 5000 mAh tetapi tiada maklumat mengenai pengecasan yang digunakan. Sedikit mengecewakan ialah Xperia 1 VII hanya akan menerima kemas kini versi Android selama empat tahun. Tiada maklumat mengenai cip tetapi ura-ura mengatakan Snapdragon 8 Elite akan digunakan bersama 12GB memori.
Lebih banyak maklumat akan dikongsi pada 15 Mei tetapi pada ketika ini nampaknya model tahun ini hanya memberikan sedikit peningkatan berbanding model tahun lalu.

