iOS17 Dijangka Menjadi Asas Kepada Kebolehan Sideloading Aplikasi Ke iPhone

TechnologyDigital
17 Apr 2023 • 10:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Apple buat masa ini masih mengehadkan pemasangan aplikasi hanya melalui AppStore sahaja, dan tidak membolehkan sebarang pemasangan aplikasi menggunakan kaedah lain – sama ada melalui kedai aplikasi pihak ketiga atau secara sideloading.

Namun, perkara tersebut dijangka berubah tidak lama lagi, dan iOS17 dijangka akan menyertakan beberapa pembangunan asas sebelum ciri sideloading disertakan.

image is not available

Sideloading merupakan salah satu kaedah pemasangan aplikasi yang popular di Android, dimana pengguna boleh memuat-turun fail APK, dan memasangnya terus pada peranti – tanpa melalui kedai aplikasi.

Ciri pada iOS17 dijangka menjadi asas untuk ciri seumpamanya di iPhone – selari dengan langkah Kesatuan Eropah yang menguat-kuasakan perundangan membolehkan kedai aplikasi alternatif ditawarkan pada setiap platform.

Ia dikatakan berkemungkinan iOS17 menyertakan ciri asas yang akan membolehkan Apple mengaktifkan ciri seumpamanya pada masa akan datang.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan iOS17 secara rasminya pada WWDC bulan Jun kelak.