Peranti Google Pixel Tidak Lagi Boleh Dicas Pantas Sepenuhnya

TechnologyDigital
27 Mar 2023 • 12:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jika anda menggunakan peranti Android yang lebih terkini anda pasti akan perasan ciri Adaptive Battery terbina pada tetapan bateri. Ciri ini mengehadkan penggunaan bateri kepada aplikasi yang tidak selalu aktif. Selain itu ciri lain untuk menjaga kesihatan bateri adalah mengehadkan kuasa pengecasan ketika tidur dan hanya akan selesai cas selepas bangun tidur.

image is not available

Ciri ini diperkenalkan untuk pengguna Pixel melalui Adaptive Charging. Ketika ciri ini diberikan kepada pengguna Pixel ia hanya aktif jika pengguna telah tetapkan penggera sahaja. Terkini beberapa pengguna menyedari jika tiada penggera ditetapkan peranti tetap tidak dapat dicas dengan pantas sepenuhnya.

image is not available

Google dilihat dengan senyap mengemaskini ciri ini kepada mengehadkan kuasa pengecasan berdasarkan corak penggunaan peranti pengguna. Ini adalah perkara yang mengecewakan kepada sesetengah pengguna kerana tidak dapat menikmati pengecasan pantas dan turut ingin menjaga kesihatan bateri pada masa sama.

Google masih tidak menjelaskan sebab apa perubahan ini dilakukan. Menjadikan alternatif kepada pengguna adalah terus menyahaktifkan ciri Adaptive Charging ini. Ciri ini sudah sedia ada peranti iPhone dengan ciri “Pengecasan Bateri Optimum”, peranti bawah BBK Electronics (Oppo, Realme dan OnePlus) melalui “Wise Charging” dan pengeluar lain turut ada menawarkan ciri lebih kurang sama.