iPad Mini (2024): Ini benda baru yang akan anda temui padanya

TechnologyDigital
16 Oct 2024 • 6:20 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Tak hujan, tak panas. Apple hari ini telah mengumumkan sebuah iPad Mini baharu. iPad Mini (2024) ini adalah kemas kini kepada iPad Mini (2021). Walaupun rupa luaran nampak sama, naik taraf yang dibawakan di bahagian dalam adalah ketara.

image is not available

Harga iPad Mini (2024) di Malaysia

Tempahan untuk mendapatkan iPad Mini (2024) di Malaysia sudahpun dibuka. Walau bagaimanapun tarikh penjualannya masih belum diumumkan. Berikut adalah harga jualan iPad Mini (2024):

  • WiFi (128GB) – RM2,199
  • WiFi (256GB) – RM2,599
  • WiFi (512GB) – RM3,499
  • Cellular (128GB) – RM2,899
  • Cellular (256GB) – RM3,299
  • Cellular (512GB) – RM4,199

image is not available

Sebagai perbandingan, berikut adalah harga jualan iPad Mini (2021) sewaktu dilancarkan:

  • Wi-Fi (64GB) – RM2,299
  • Wi-Fi (256GB) – RM2,949
  • Cellular (64GB) – RM2,949
  • Cellular (256GB) – RM3,599

Cip A17 Pro: Tablet kecil dengan pemproses berkuasa tinggi

Perubahan terbesar iPad Mini (2024) adalah penggunaan cip A17 Pro untuk menggantikan A15 Bionic edisi tahun 2021. Cip ini adalah komponen yang sama boleh anda temukan pada siri iPhone 15 Pro. Berbanding A15 Bionic, A17 Pro bawakan prestasi CPU 30% lebih baik dan prestasi GPU 25% lebih baik.

image is not available

Dengan manfaat NPU, Apple turut mengumumkan sokongan Apple Intelligence pada tablet kompak ini. Jadi, apabila dilancarkan kelak, anda bolehlah gunakan fungsi seperti Image Wand, Image Playground, Genmoji, dan banyak lagi.

iPad Mini (2024) ada storan sehingga 512GB dan sokongan Wi-Fi 6E serta 5G

Baguslah Apple telah meninggalkan storan 64GB sebagai storan permulaan produk mereka. Kini, iPad Mini (2024) ditawarkan pada storan bermula 128GB pada harga lebih murah berbanding versi 64GB iPad Mini (2021). Lebih menarik, iPad baru ini juga ditawarkan dalam storan sehingga 512GB.

image is not available

Meskipun anda dapatkan varian storan 128GB, had storan sepatutnya tidak menjadi masalah kerana tablet ini ada USB-C yang boleh anda sambungkan SSD untuk pindahkan fail-fail yang tak perlu masuk ke ruang storan luaran. Kalau nak pindahkan data secara wayarles, tabelt ini menyokong Wi-Fi 6E dan juga ada sambungan 5G.

image is not available

Tablet kompak Apple kali ini hadir dengan sokongan Apple Pencil Pro. Jadi, bakal pengguna beroleh akses kepada input stailus peka tekanan, suap balik haptik, dan kawalan berasaskan gesture.

Kamera 12MP sama tapi ada fungsi baharu

iPad Mini (2024) ada kamera 12MP, resolusi yang sama seperti sebelumnya. Namun, untuk kamera belakang, Smart HDR 4 dimasukkan untuk mengambil manfaat daripada cip A17 Pro sementara kamera depan kini ada Center Stage. Skrin iPad Mini kekal pada 8.3" menggunakan panel breselusi 2266 x 1488.

image is not available

Anda boleh pergi ke laman rasmi iPad Mini (2024) untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan