Apple Memperkenalkan iPad Mini Dengan Cip A17 Pro, Menyokong Apple Pencil Pro, Bermula RM2199

TechnologyDigital
15 Oct 2024 • 9:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple hari ini secara mengejut memperkenalkan tablet terbaru bersaiz mini mereka, iaitu Apple iPad Mini. Tablet generasi baharu ini hadir dikuasakan dengan cip A17 Pro, dan menggunakan skrin bersaiz 8.3-inci Liquid Retina.

image is not available

Apple mengatakan penggunaan cip A17 Pro memastikan tablet ini akan menyokong Apple Intelligence kelak. Disamping itu, pengguna turut boleh melakukan catatan dan lakaran menggunakan Apple Pencil Pro.

Melengkapkan tablet ini juga adalah kamera belakang 12-megapixel yang boleh digunakan untuk rakaman gambar, mahupun mengimbas dokumen.

iPad Mini baharu ini hadir dengan iPadOS 18, dan ditawarkan pada harga bermula RM2199 untuk storan 128GB versi WiFi, dan bermula RM2899 untuk versi selular. Apple Pencil Pro perlu dibeli secara berasingan pada harga RM549.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved