iPad Mini Dengan Skrin OLED Akan Dilancarkan Tahun Ini

TechnologyDigital
17 Jul 2026 • 4:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

iPad Mini sudah menerima tujuh iterasi sejak ia kali pertama dilancarkan pada tahun 2012. Dengan skrin hanya 8.3″, ia adalah tablet pilihan untuk anak atau bagi mereka mereka yang mencari tablet gaming bersaiz kecil.

Image from: iPad Mini Dengan Skrin OLED Akan Dilancarkan Tahun Ini

Sejak dari dahulu, iPad Mini hanya dilengkapi skrin LCD. Tetapi tahun ini, ia akan dikemaskini dengan skrin OLED menurut laporan Bloomberg. Panel OLED yang membolehkan paparan nampak lebih hidup. Tetapi ia masih terhad dengan kadar segar semula 60Hz sahaja dengan Apple nampaknya memberikan panel ProMotion hanya pada peranti lebih mercu.

Turut akan dikemas kini ialah iPad dengan model baharu akan dilancarkan pula awal 2027. Cip dipertingkat dengan ia dipadankan dengan memori 8GB bagi membolehkan ia menggunakan Apple Intelligence. Akhir sekali iPad Air 13″ dan 11″ juga bakal dikemaskini tetapi masih dengan panel LCD.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved