Pengeluaran SUV EV Honda Prologue Ditamatkan

WorldCars
17 Jul 2026 • 10:03 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honda menamatkan pengeluaran SUV EV pertama mereka Honda Prologue yang hanya ditawarkan di Amerika Syarikat. Ia ditamatkan hanya dua tahun lalu sebagai strategi untuk menawarkan EV kepada pelanggan yang sudah lama mendambakan SUV BEV daripada mereka. Jualan Prologue akan ditamatkan menjelang penghujung tahun ini selepas model 2026 dikeluarkan.

Honda Prologue ialah SUV BEV pertama dari Honda yang selama ini menawarkan kenderaan elektrik hibrid seperti HR-V di Malaysia. Dari segi saiz, Prologue adalah lebih besar berbanding sebuah CR-V. Kenderaan empat pintu ini direka menerusi kerjasama Honda dan General Motors.

Image from: Pengeluaran SUV EV Honda Prologue Ditamatkan
Honda Prologue

Ini satu lagi impak kegagalan strategi EV Honda yang juga telah membatalkan projek EV Honda 0 SUV, Honda 0 Saloon dan Acura RSX Mac lalu. Ia turut membunuh Sony AFEELA kerana Honda adalah rakan pembangun EV pertama Sony.

Tahun ini Honda juga mencatatkan kerugian tahunan pertama dalam tempoh 70 tahun syarikat berjumlah 423 bilion Yen akibat pelaburan EV yang gagal memberikan pulangan dan permintaan EV juga lebih lemah daripada jangkaan.

Sumber – Car and Driver

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved