IPD Keluarkan 384 Saman Dalam Op Samseng Di Kuching

8 Jul 2024 • 12:07 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Syabas IPD Kuching

IPD Keluarkan 384 Saman Dalam Op Samseng Di Kuching. Enam remaja tempatan berumur dalam lingkungan 15 hingga 18 tahun telah ditangkap kerana melakukan aksi yang membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan lain dalam Op Samseng di Kuching Semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah menerusi kenyataan media memaklumkan kes disiasat dibawah Seksyen 42 kurungan Satu Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 5 tahun atau denda tidak kurang 5-ribu ringgit dan tidak melebihi 15-ribu ringgit.

image is not available
IPD Keluarkan 384 Saman Dalam Op Samseng Di Kuching. Sumber: Facebook

Polis turut menyita 53 buah motosikal dibawah Seksyen 60 kurungan Satu Akta Pengangkutan Jalan 1978 atas pelbagai kesalahan ubahsuai.

image is not available

Op Samseng yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik daerah IPD Kuching itu sekitar pukul 12.30 tengah malam, juga telah mengeluarkan 384 saman termasuk ubahsuai struktur dan ekzon 69 keping , tidak ada cermin sisi 52 keping, nombor plet tidak mengikut peraturan 59 keping, tidak memiliki lesen memandu 34 keping dan cukai jalan tamat tempoh 36 keping.

Operasi melibatkan 6 pegawai dan 36 anggota itu juga telah memeriksa 365 buah motosikal.

Baca lagi artikel menarik: