IPD Subang Jaya Jalankan Siasatan Lepas Viral Foto Anggota Polis Merokok di Kedai Makan

Entertainment
9 Aug 2022 • 4:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seperti yang kita sedia maklum, bermula 1 Januari 2019, penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan telah dimulakan dan larangan penuh pada 1 Januari 2020 biarpun di premis terbuka. Mana-mana perokok atau pemilik premis yang ingkar boleh dikenakan kompaun, lapor MyHealth.

Bagaimanapun, baru-baru ini, tular di Twitter menunjukkan anggota polis dikatakan merokok di sebuah restoran di Subang Jaya, dikatakan premis tersebut ada menunjukkan papan tanda larangan tersebut.

IPD tengah siasat

Menurut pengirim lagi, rakaman gambar itu dibuat oleh pengunjung yang dikatakan ada membawa bayi kecil.

Disamping itu, terdapat gambar zoom in di tangan anggota terbabit sedang menyembunyikan puntung rokok di bawah meja.

image is not available

image is not available

Susulan dengan penularan foto tersebut, pihak IPD Subang Jaya tampil memberikan keterangan dan menjelaskan bahawa insiden itu berlaku di sebuah restoran di kawasan SS15 pada tahun 2020 kira-kira jam 9.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Abd Khalid Othman berkata, foto dua anggota polis itu diambil oleh sepasang suami isteri bersama anaknya.

image is not available

“Pejabat ini memandang serius insiden tersebut dan satu siasatan tatatertib akan dijalankan untuk menyiasat dakwaan berkenaan.”

Katanya lagi, pihaknya telah mengarahkan Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard untuk melakukan siasatan.

Dalam pada itu, beliau mengatakan bahawa pihaknya mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai maklumat untuk salurkan kepada mereka melalui talian 03-78627100 (Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya) untuk tindakan lanjut dan identiti akan dirahsiakan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.