iPhone 14 Dan 14 Plus Dalam Warna Kuning Boleh Dipratempah Di Malaysia Bermula Hari Ini

TechnologyDigital
10 Mar 2023 • 2:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Baru-baru ini, Apple telah memperkenalkan pilihan warna baharu untuk dua model di bawah siri iPhone 14. Melaluinya iPhone 14 dan iPhone 14 Plus kini boleh didapati dalam kemasan berwarna kuning. Hal ini sekaligus menjadikan kedua-duanya mempunyai enam pilihan warna kesemuanya.

image is not available

Bagi anda yang berminat, pratempah untuk peranti boleh dibuat pada hari ini bermula jam 9 malam dan ketersediaannya pula bermula 14 Mac 2023. Ianya boleh dibuat menerusi kedai atas talian rasmi Apple dengan pilihan harga yang sama seperti sebelum iaitu bermula RM4,199 untuk iPhone 14. Sementara itu, iPhone 14 Plus pula bermula RM4,699. Bersama-sama dengannya, setiap pembelian hanya akan didatangkan dengan telefon pintar dan kabel USB-C ke Lightning sahaja.