iPhone 16 Malaysia: Apple Store TRX buka awal pada 20 September 2024

LocalTechnology
18 Sep 2024 • 8:27 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Siri iPhone 16 dan iPhone 16 Pro sudahpun dibuka tempahannya pada 13 September 2024 yang lalu sejurus ia dilancarkan dalam minggu yang sama. Nampaknya pengguna di Malaysia tak perlu menunggu lama untuk telefon itu tiba di Malaysia kerana ia akan mula dijual pada 20 September 2024. Ia kali pertama Apple memasukkan Malaysia ke dalam gelombang pertama pelancaran bersama-sama Amerika Syarikat.

Buat penempah awal yang memilih untuk lakukan pungutan di Apple Store The Exchange Menara TRX, anda perlu tahu yang pada 20 September 2024 nanti, outlet itu akan dibuka lebih awal daripada biasa. Mungkin mereka menjangkakan khalayak yang luar biasa ramai pada hari pertama pelancaran siri iPhone 16.

image is not available

Untuk maklumat anda, Apple Store The Exchange Menara TRX biasanya beroperasi pada 10 pagi setiap hari. Namun, untuk hari istimewa, contohnya pelancaran siri iPhone 16 ini, mereka membuka pintu lebih awal, pada jam 8 pagi dan tamat operasi pada jam 10 malam. Sedikit peringatan daripada pihak Apple, Genius Bar dan beberapa perkhidmatan lain mungkin tidak dapat beroperasi seawal jam 8 pagi.

image is not available

image is not available

Selain Apple Store TRX, dari mana lagi boleh dapat iPhone 16?

Sekiranya anda terlepas sesi tempahan awal siri iPhone 16, jangan risau kerana anda masih boleh mendapatkannya secara walk-in bergantung kepada stok yang disediakan. Sebagai alternatif, Apple AUthorised Reseller (AAR) yang sedia ada masih menjual produk yang sama, pada harga yang sama, dan dengan jaminan perlindungan yang sama. Antara yang boleh anda pertimbangkan ialah:

Selain itu, telco-telco utama Malaysia turut menyediakan peranti ini seperti:

iPhone 15 dan iPhone 14 lebih murah lebih murah selepas iPhone 16 dilancar

Selain iPhone 16, antara berita menarik lain yang boleh anda dengar adalah penyelarasan semula harga iPhone generasi terdahulu. Buat masa ini, model yang dijual secara rasmi oleh Apple ialah:

  • iPhone 15
  • iPhone 15 Plus
  • iPhone 14
  • iPhone 14 Plus
  • iPhone SE

iPhone SE adalah model yang sangat usang. Tidaklah disarankan untuk mendapatkannya kerana dikhabarkan akan ada iPhone SE serba baharu akan diumumkan.

Berikut adalah harga baru iPhone 15, iPhone 15 Plus, iPhone 14, dan iPhone 14 Plus selepas pelancaran iPhone 16

iPhone 15

  • 128GB RM4,399 RM3,499
  • 256GB RM4,899 RM3,999
  • 512GB RM5,899 RM4,999

iPhone 15 Plus

  • 128GB RM4,899 RM3,999
  • 256GB RM5,399 RM4,499
  • 512GB RM6,399 RM5,499

image is not available

iPhone 14

  • 128GB RM3,799 RM2,999
  • 256GB RM4,299 RM3,499
  • 512GB RM5,299 RM4,499

iPhone 14 Plus

  • 128GB RM4,399 RM3,499
  • 256GB RM4,899 RM3,999
  • 512GB RM5,899 RM4,999

image is not available