Jangan Terkejut: Harga RON97, Diesel Turun 6 Sen

LocalBusiness & Finance
18 Sep 2024 • 5:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Ada berita baik untuk rakyat Malaysia.

Ini kerana mengurangkan harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun sebanyak 6 sen bermula 19 September 2024 hingga 25 September ini.

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh seminggu itu adalah seperti berikut:

i. Harga runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 6 sen kepada paras RM3.19 seliter;

ii. Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter;

iii. Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 6 sen kepada paras RM2.95 seliter; dan

iv. Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

Bagaimanapun, ini bukan kali pertama, harga minyak diturunkan kerana sejak 8 Ogos 2024 sehingga kini, kerajaan telah menurunkan sebanyak 40 sen seliter harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia, manakala harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 28 sen.