iPhone 16 Pro Akan Dilengkapi RAM Lebih Besar Dan Cip Dengan NPU Lebih Berkuasa

TechnologyDigital
26 Mar 2024 • 10:58 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri iPhone 16 akan dilancarkan September ini dengan Apple telahpun memberikan petanda ia akan memberikan pelbagai ciri baharu khususnya dalam kemampuan kecerdasan buatan serta kustomasi lebih menyeluruh pada iOS 18. Terkini muncul laporan untuk menyokong kesemua ciri baharu ini, iPhone 16 Pro akan dilengkapi RAM yang lebih besar.

image is not available

Tahun lalu iPhone 15 Pro dilengkapi 6GB RAM. Tahun ini ia dijangka meningkat ke 8GB RAM bagi menampung ciri AI yang memerlukan memori yang tinggi. Penganalisa cip pula meramalkan pemproses Appel A18 Pro kelak akan turut dilengkapi NPU dengan jumlah teras yang lebih tinggi atas sebab yang sama.

Ciri AI generatif dipercayai akan diberikan pada aplikasi seperti Siri, Spotlight, Apple Music, Health, Messages, Keynote dan bermacam-macam lagi. Tahun ini kita mula melihat AIPC dan telefon AI mula dipasarkan dengan ciri yang bukan sekadar gimik. Apakah yang akan diperkenalkan oleh Apple menerusi iOS 18 kelak pastinya dinantikan pengguna iPhone.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved