Red Magic 9 Pro+ Transformers Edition Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi

TechnologyDigital
26 Mar 2024 • 12:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kepada peminat watak Bumblebee daripada filem Transformer, telefon pintar baharu Red Magic 9 Pro+ Transformers Edition adalah untuk anda. Peranti akan dilancarkan di China pada 29 Mac 2024 dengan ia mempunyai rekaan yang mengintegrasikan watak Bumblebee secara menyeluruh.

image is not available

Tubuh peranti sepenuhnya berwarna kuning dengan hiasan yang bertektur seakan gentian karbon untuk lebih bergaya. Seterusnya diikuti juga logo Autobots berwarna kuning bersama penjenamaan Red Magic yang disertakan bersama. Tema tersesuai Transformer juga boleh dikekalkan untuk pengalaman penggunaan lebih peribadi.

image is not available

Selain itu, peranti juga didatangkan dalam kotak bungkusan eksklusif berbentuk heksagon dengan idea pembuatan diilhamkan daripada filem berkenaan. Pelbagai aksesori juga disediakan yang termasuk kerangka pelindung magnetik, pengecas 165W, pelekat, pencungkil SIM bertemakan Bumblebee dan sebagainya.

image is not available

Dari segi spesifikasi, kita boleh menjangkakan tiada perubahan yang akan dilakukan. Ini bukan kali pertama Red Magic mengumumkan edisi terhad ini. Sebaliknya mereka meneruskan tradisi sejak model Red Magic 7S Pro dan 8S Pro sebelum ini. Sama-sama nantikan pelancaran rasmi akan datang bagi melihat penawaran penuh pada peranti baharu ini.