iPhone 18 Akan Mempunyai Dynamic Island Lebih Kecil

TechnologyDigital
31 Mar 2026 • 8:42 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bermula dengan takuk kamera besar pada iPhone X, sistem Face ID kemudiannya dipindahkan ke Dynamic Island menerusi iPhone 14 Pro. Ianya lebih kecil berbanding takuk tetapi masih besar jika dibandingkan dengan hanya lubang kamera pada peranti Android.

image is not available

Minggu ini imej panel skrin yang didakwa untuk iPhone 18 Pro tertiris menunjukkan Apple berjaya mengecilkan lagi lubang kamera Dynamic Island. Dapat dilihat ia kini sekitar 35% lebih kecil dengan ini dicapai dengan meletakkan kamera TrueDepth di bawah skrin. Ia kini lebih tersorok seperti kamera UDC yang diperkenalkan oleh Samsung pada peranti Z Fold awal beberapa tahun lalu.

Sejauh manakah kebenaran imej di atas hanya akan diketahui apabila iPhone 18 Pro dilancarkan September depan. Yang kami tahu majoriti pengguna iPhone tidak begitu peduli mengenai saiz Dynamic Island kerana alah bisa tegal biasa sejak takuk besar diperkenalkan.