Honor AI Connect Mudahkan Pemindahan Fail Terus Ke Peranti Apple

TechnologyDigital
16 Mar 2026 • 2:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor hadir dengan penawaran baharu melalui sokongan sambungan rentas sistem operasi antara peranti mercu mereka dengan iPhone, iPad dan Mac. Dengan Honor AI Connect yang dilancarkan bersama Honor Magic V6, MagicPad 4 dan MagicBook Pro 14 (2026) di MWC baru-baru ini, pengguna kini boleh memindahkan fail, gambar serta dokumen dengan lebih mudah tanpa perlu bergantung pada aplikasi pihak ketiga.

image is not available

Melalui HONOR Share yang dipertingkatkan, pengguna boleh memindahkan fail dan media beresolusi tinggi antara peranti HONOR dan Apple dengan lebih lancar. Selain itu, Magic V6 hadir dengan fungsi OneTap Transfer yang membolehkan fail dihantar terus ke Mac, manakala antaramuka telefon juga boleh dipaparkan pada skrin Mac untuk pengalaman multitugas yang lebih praktikal.

image is not available

Seterusnya, MagicPad 4 membolehkan pengguna mengambil fail terus dari iPhone dan menggunakannya sebagai skrin tambahan tanpa kabel sekali gus menjadi pilihan ideal untuk ramai pengguna. Sementara itu, MagicBook Pro 14 pula memudahkan perkongsian fail ke iPhone atau iPad dengan hanya satu klik

image is not available

Menariknya, ciri ini merupakan penambahbaikan daripada Alpha Plan yang diperkenalkan pada MWC tahun lalu. Ia telah dikemas kini untuk kegunaan yang lebih praktikal dalam kehidupan seharian. Dalam masa yang sama, Honor turut mengesahkan bahawa peranti baharu ini akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.