iPhone Air ialah telefon pintar paling nipis ditawarkan oleh Apple. Walaupun mempunyai rekaan yang menarik, jualan iPhone Air dilaporkan kurang memberangsangkan sehingga menyebabkan pengeluar lain terus takut menawarkan produk yang sama. Dalam laporan terkini di Bloomberg, Mark Gurman berkata Apple sedang menguji iPhone Air baharu dengan ia disasarkan dijual pada awal 2027.

Peranti dipercayai akan dilengkapi dwi-kamera berbanding peranti asal dengan hanya satu kamera sahaja. Penambahbaikan juga dilakukan pada bateri yang kini lebih besar. Kedua-dua perubahan ini akan menyelesaikan dua rungutan terbesar pemilik iPhone Air.
Kurang masuk akal peranti mercu hanya mempunyai satu kamera dan bateri tidak boleh bertahan sepanjang hari. Ia bukanlah sesuatu yang mustahil kerana pengeluar Android seperti Tecno sudah menawarkan peranti nipis dengan bateri besar serta dwi kamera tahun ini.

