iPhone Akan Jadi 3 Kali Ganda Lebih Mahal Jika Tak Dibuat Di Amerika Syarikat!

WorldTechnology
27 May 2025 • 9:22 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Apple Donuld Trump

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mencetuskan kontroversi apabila mengumumkan bahawa tarif minima 25% bakal dikenakan terhadap iPhone yang tidak dibuat di AS!

Menurut laporan Fuzz.my, perkara ini diumumkan sendiri oleh Trump melalui platform Truth Social.

iPhone yang dijual di Amerika mesti dibuat di Amerika. Jika tidak, bersedialah untuk bayar cukai tinggi.

Harga iPhone boleh naik sampai 3 kali ganda?

image is not available

Dengan cukai baharu itu, harga jualan iPhone diramal meningkat sehingga tiga kali ganda! Perubahan ini dijangka memberi tamparan hebat kepada pengguna dan juga Apple sendiri.

Setakat ini, pengeluaran iPhone banyak tertumpu di China dan India, dan Apple sebelum ini pernah merancang untuk alih pengeluaran ke India bagi mengelakkan kesan perang perdagangan AS-China.

Kenapa sukar nak buat iPhone di Amerika?

image is not available

Walaupun Apple ialah syarikat AS, mereka bergantung besar kepada rantaian bekalan di China, termasuk alat ganti dan buruh pakar.

Kekurangan tenaga kerja mahir serta kos buruh yang tinggi menjadi cabaran utama untuk Apple mulakan pengeluaran besar-besaran di AS.

Pssttt! Dalam dunia global hari ini, keputusan politik boleh beri kesan besar pada ekonomi dan pengguna. Bijak berbelanja dan sentiasa peka terhadap perkembangan semasa!

Kredit: Fuzz.my
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.