iPhone Boleh-Lipat Dijangka Hadir Pada 2026 – Dengan 4 Kamera, Dan TouchID

TechnologyDigital
25 Aug 2025 • 7:20 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pelbagai syarikat pengeluar peranti sedia memperkenalkan telefon boleh-lipat, dan arena berkenaan dijangka disertai oleh Apple seawal 2026 kelak, iaitu pada tahun hadapan. iPhone boleh-lipat berkenaan dijangka menawarkan rekabentuk seumpama Galaxy Z Fold, dimana ia boleh dibuka menjadi peranti bersaiz besar atau seumpama sebuah tablet.

image is not available
Samsung Galaxy Z Fold7

Menurut laporan Bloomberg, iPhone boleh-lipat ini akan menyertakan empat kamera padanya, iaitu satu dipanel skrin luar, satu di panel skrin dalam, dan dua di bahagian belakang. iPhone boleh-lipat ini juga akan bergantung kepada eSIM sepenuhnya.

Apple juga mungkin menggunakan cip selular tersendiri pada telefon boleh-lipat mereka, selari peralihan daripada Qualcomm. Tidak setakat itu, iPhone boleh-lipat ini dikatakan akan menyertakan TouchID berbanding FaceID – salah satu langkah yang berbeza dengan Apple pada hari ini.

Dengan perkembangan terbaru ini, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan dengan iPhone boleh-lipat ini. Semestinya harga jualan akan menjadi salah satu fokus utama dalam membuatkan pengguna beralih ke peranti berkenaan atau memilih penyedia lain.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved