iPhone Lipat Dengan Skrin Lebih Besar Disasarkan Menjelang 2028

TechnologyDigital
7 Sep 2026 • 10:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Beberapa hari sahaja lagi iPhone Ultra akan dilancarkan sebagai telefon lipat pertama keluaran Apple dengan ia menjadi produk baharu pertama di bawah CEO John Ternus. Dengan pelancaran semakin hampir, Bloomberg baru-baru ini melaporkan garis masa beberapa model iPhone yang akan dilancarkan sehingga 2028.

Minggu ini iPhone 18 Pro, 18 Pro Max dan Ultra akan dilancarkan dengan cip A20 serta penambahbaikan pada bateri berbanding model tahun lalu. iPhone Ultra akan menjadi peranti lipat bersaiz pasport pertama keluaran Apple dan akan kembali menggunakan Touch ID yang kali terakhir digunakan oleh iPhone SE enam tahun lalu.

Image from: iPhone Lipat Dengan Skrin Lebih Besar Disasarkan Menjelang 2028

Pada tahun 2027 pula iPhone 18 dan 18e akan dilancarkan di awal tahun sebagai model lebih mampu milik berbanding siri iPhone 18 Pro. iPhone Air 2 juga dipercayai akan dilancarkan dengan dwi-kamera, cip lebih berkuasa dan hayat bateri yang dipertingkatkan.

Dua model iPhone Pro baharu kemudiannya dilancarkan pada H2 2027 sempena ulang tahun ke-20 iPhone. Ia bakal mempunyai rekaan skrin menyeluruh, bezel nipis serta memulakan anjakan rekaan baharu kali pertama sejak iPhone X. Sementara itu model iPhone Ultra kedua akan turut dilancarkan dipercayai hanya melibatkan pemproses lebih berkuasa.

Seterusnya pada tahun 2028, iPhone lipat dengan skrin luar serta dalam lebih besar akan dilancarkan. Kesemua perancangan ini selari dengan beberapa ura-ura sebelum ini yang menyatakan model biasa dilancarkan pada H1 setiap tahun diikuti oleh model Pro dan premium pada H2.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved