IPO mega MMC Port batal, MMC Corp arah penasihat hentikan proses penyenaraian - Sumber industri

LocalBusiness & Finance
20 Aug 2026 • 11:41 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

IPO mega MMC Port batal, MMC Corp arah penasihat hentikan proses penyenaraian - Sumber industri Image from: IPO mega MMC Port batal, MMC Corp arah penasihat hentikan proses penyenaraian - Sumber industri hamden20/08/2026 - 11:41

KUALA LUMPUR 20 Ogos - MMC Corp Bhd dilaporkan telah mengarahkan penasihat pelaburannya supaya menghentikan tugas berkaitan cadangan penyenaraian perniagaan pelabuhannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

 

Keputusan itu sekali gus menamatkan antara tawaran awam permulaan (IPO) terbesar di Malaysia yang berpotensi direkodkan dalam tempoh lebih sedekad, lapor The Edge.

 

Portal itu, yang memetik dua individu yang mengetahui perkara tersebut, berkata para penasihat pelaburannya telah diminta menghentikan proses penyenaraian berikutan kebimbangan terhadap penilaian yang diminta bagi MMC Port Holdings Bhd.

 

 

 

 

 

 

"Ia secara rasmi sudah dihentikan… Saya juga tidak fikir IPO itu masuk akal untuk dilaksanakan dalam masa terdekat," kata salah seorang sumber seperti dilaporkan.

 

IPO berkenaan pada awalnya disasarkan untuk suku keempat 2025 sebelum ditangguhkan ke 2026, dengan beberapa bank pelaburan semakin ragu-ragu mengenai kemungkinan urus niaga itu diteruskan.

 

Satu laporan pada Jun 2025 menganggarkan tawaran tersebut berpotensi mengumpul kira-kira AS$2 bilion (RM8.5 bilion), dengan hasilnya akan disalurkan kepada MMC yang dikawal oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

 

Laporan sama menyatakan MMC Port boleh dinilai pada lebih AS$10 bilion, dengan pelabur minoriti berpotensi termasuk syarikat dari Asia dan dana yang memberi tumpuan kepada sektor infrastruktur.

 

Sebarang usaha untuk menyenaraikan MMC Port pada masa depan memerlukan permohonan baharu serta proses kawal selia yang perlu dimulakan semula sepenuhnya.

 

MMC, MMC Port dan CIMB Investment Bank, yang merupakan penasihat utama IPO berkenaan, tidak memberikan komen, menurut portal tersebut.

 

 

 

 

 

 

MMC Port mengendalikan Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor di Johor, Northport di Selangor, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Tanjung Bruas di Melaka serta Pelabuhan Andaman di Kedah.

 

Syarikat itu turut mengendalikan tiga terminal kapal persiaran. MMC baru-baru ini melantik bekas ketua pegawai eksekutif DP World, Sultan Ahmed bin Sulayem, sebagai pengerusi eksekutif. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved