EcoSys meterai perjanjian taja jamin dengan M&A Securities menjelang IPO Pasaran ACE

LocalBusiness & Finance
6 Aug 2026 • 5:10 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

EcoSys meterai perjanjian taja jamin dengan M&A Securities menjelang IPO Pasaran ACE Image from: EcoSys meterai perjanjian taja jamin dengan M&A Securities menjelang IPO Pasaran ACE amree06/08/2026 - 17:10 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 6 OgosEcoSys (Malaysia) Berhad mengorak langkah penting ke arah penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia melalui pemeteraian perjanjian taja jamin dengan M&A Securities Sdn Bhd.

 

Usaha ini membolehkan tawaran awam permulaan (IPO) yang mengukuhkan pelan pengembangan syarikat penyedia rumusan perindustrian berpangkalan di Pulau Pinang itu dalam industri semikonduktor.

 

Kumpulan menawarkan perkhidmatan fabrikasi komponen kejuruteraan jitu, modul pemasangan ketulenan ultra tinggi serta pembangunan sistem pengurangan pelbagai aplikasi teknologi dan panel solar.

 

"IPO ini melibatkan terbitan awam 145.7 juta saham baharu, mewakili 25.5% daripada modal saham terbitan syarikat yang diperbesarkan kepada 571.35 juta saham selepas penyenaraian," kata EcoSys.

 

Daripada jumlah itu, 28.56 juta saham diperuntukkan kepada pelabur awam Malaysia, manakala 11.43 juta saham kepada pengarah, pekerja dan individu yang layak menerusi peruntukan Borang Merah Jambu.

 

Sementara sejumlah 71.42 juta saham lagi jelas kumpulan tersebut akan diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang sudah diluluskan oleh pihak Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

 

EcoSys_DagangNews2026

 

Selain itu tambah EcoSys, sebanyak 34.28 juta saham akan ditawarkan kepada pelabur terpilih melalui penempatan persendirian, tanpa melibatkan sebarang tawaran jualan saham syarikat yang sedia ada.

 

"Di bawah perjanjian ini, M&A Securities akan menaja jamin sebanyak 40 juta saham baharu yang akan diperuntukkan kepada pelabur awam dan individu berkelayakan," kata kenyataan kumpulan berkenaan.

 

Baki melibatkan kira-kira 105.70 juta saham lagi akan ditempatkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI serta pelabur terpilih dalam kapasiti firma tersebut sebagai ejen penempatan.

 

EcoSys dijangka mengumpul hasil kasar RM39.34 juta daripada IPO itu yang digunakan bagi pertumbuhan perniagaan, termasuk perluasan segmen sistem pengurangan melalui pembelian komponen dan modul.

 

Sebahagian dana itu turut diperuntukkan untuk membayar balik pinjaman, peningkatan kapasiti operasi melalui pelaburan mesin dan tenaga kerja, serta modal kerja pengembangan operasi ke pasaran India.

 

Pengarah Urusan EcoSys, Chan Chee Wei berkata, pemeteraian itu merupakan pencapaian penting dalam perjalanan syarikat menjadi entiti tersenarai awam, selain mencerminkan keyakinan model perniagaan.

 

M&A Securities bertindak sebagai penasihat utama, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan bagi IPO, manakala Eco Asia Capital Advisory Sdn Bhd dilantik sebagai penasihat kewangan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved