IPU berbahaya di enam kawasan, menghampiri 500

LocalEnvironment
1 Sep 2026 • 10:03 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: IPU berbahaya di enam kawasan, menghampiri 500

PETALING JAYA – Enam kawasan di Sarawak mencatatkan Indeks Pencemar Udara (IPU) tahap berbahaya setakat 8 pagi ini, dengan stesen pemantauan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian merekodkan bacaan tertinggi iaitu 408.

Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS), lima lagi kawasan di Sarawak yang mencatatkan bacaan IPU tahap berbahaya ialah Kuching (407), Samarahan (372), Sri Aman (361), Sarikei (333) dan Sibu (309).
Tiga kawasan di negeri itu mencatatkan bacaan tahap sangat tidak sihat, iaitu Mukah (234), Bintulu (232) dan Samalaju (225).

Sebanyak sembilan kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat dengan stesen pemantauan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri merekodkan bacaan tertinggi iaitu 187 diikuti Miri (180), Kapit (178), Labuan (167) dan Limbang (166).

Turut mencatatkan bacaan tidak sihat ialah Kimanis dan Keningau di Sabah, masing-masing 156, Tawau (132) serta Johan Setia di Selangor (123).

Sementara itu, 48 kawasan di seluruh negara dilaporkan berada pada tahap sederhana.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya. – Bernama

The post IPU berbahaya di enam kawasan, menghampiri 500 appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved