IPU Selangor kekal sederhana, Sarawak catat bacaan tertinggi negara

LocalEnvironment
25 Oct 2026 • 7:13 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

IPU Selangor kekal sederhana, Sarawak catat bacaan tertinggi negara

SHAH ALAM, 25 OKT: Kualiti udara di Selangor kekal pada tahap sederhana apabila semua enam stesen pemantauan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) antara 60 hingga 71 setakat jam 7 malam ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Johan Setia merekodkan bacaan tertinggi di negeri ini iaitu 71, diikuti Banting (69), Klang (66), Shah Alam (63), Petaling Jaya (62) dan Kuala Selangor (60).

Bacaan itu menunjukkan kualiti udara di semua stesen pemantauan Selangor masih berada dalam kategori sederhana, tanpa sebarang kawasan mencatatkan tahap tidak sihat.

Sementara itu, IPD Serian di Sarawak merekodkan bacaan IPU tertinggi negara iaitu 192, diikuti Kuching (180), Samarahan (177) dan Sri Aman (157), semuanya dalam kategori tidak sihat.

Turut mencatatkan bacaan tidak sihat ialah Paka di Terengganu (156), Pasir Gudang di Johor dan Sibu di Sarawak masing-masing 152, serta Sarikei di Sarawak (109).

Di kawasan berhampiran Selangor, Batu Muda di Kuala Lumpur merekodkan bacaan IPU 84, diikuti Putrajaya (68) dan Cheras (66), semuanya pada tahap sederhana.

Secara keseluruhan, lapan stesen pemantauan di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU tidak sihat, manakala 50 stesen berada pada tahap sederhana setakat jam 7 malam.

Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved