Semua kawasan di Selangor catat IPU sederhana setakat 11 pagi

LocalEnvironment
25 Oct 2026 • 11:08 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Semua kawasan di Selangor catat IPU sederhana setakat 11 pagi

SHAH ALAM, 25 OKT: Semua enam kawasan di Selangor yang dipantau mencatat indeks pencemaran udara (IPU) pada tahap sederhana setakat jam 11 pagi ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Johan Setia merekodkan bacaan 85, Banting (78), Klang (74), Petaling Jaya (70), Shah Alam (67) dan Kuala Selangor (62).

Di Kuala Lumpur, Batu Muda mencatat bacaan IPU 93, manakala Cheras merekodkan 79, kedua-duanya pada tahap sederhana.

Sementara itu, 12 kawasan di seluruh negara mencatat IPU pada tahap tidak sihat, dengan Serian, Sarawak merekodkan bacaan tertinggi iaitu 194.

Tiga lagi kawasan di Sarawak turut mencatat IPU tidak sihat, iaitu Kuching (188), Samarahan (182) dan Sri Aman (159).

Di Johor, lima kawasan mencatat IPU tidak sihat, iaitu Batu Pahat dan Pasir Gudang yang masing-masing merekodkan bacaan 156, Kluang (154), Larkin (151) serta Kota Tinggi (102).

Paka, Terengganu pula mencatat bacaan IPU 154, manakala Nilai dan Seremban di Negeri Sembilan masing-masing merekodkan bacaan 151.

Bacaan IPU antara 51 hingga 100 dikategorikan sebagai sederhana, manakala bacaan antara 101 hingga 200 berada pada tahap tidak sihat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved