IPU tidak sihat di Petaling Jaya

22 Apr 2023 • 6:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Bacaan IPU di Petaling Jaya, Selangor mencatatkan situasi tidak sihat sekitar petang ini.

SHAH ALAM - Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Petaling Jaya, Selangor mencatatkan situasi tidak sihat sekitar petang ini.

Menurut laman sesawang Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan tersebut mencatatkan IPU 115.

Hampir semua daerah di seluruh Malaysia mencatatkan IPU dari 51 hingga 100 iaitu paras sederhana.

Manakala lokasi IPU merekodkan tahap baik ialah Termerloh, Pahang (50), Tanjung Malim, Perak (45), Kota Tinggi, Johor (48), Sarikei (46) dan Kapit (44) di Sarawak,

Sementara itu, di Sabah tiga kawasan mencatatkan tahap baik iaitu Kimanis (48), Kota Kinabalu (47) dan Sandakan (38).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved