iQOO 11 5G Disahkan Hadir Dengan Cip Snapdragon 8 Gen 2

TechnologyDigital
17 Nov 2022 • 1:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Snapdragon 8 Gen 2 baru sahaja dilancarkan secara rasmi, sekaligus menjadikannya penawaran cip mercu paling berkuasa setakat ini daripada Qualcomm. Ia dilengkapi binaan 4nm dengan peningkatan pada CPU sehingga 35%, GPU sehingga 25% dan penjimatan penggunaan kuasa sehingga 40% berbanding generasi sebelum ini.

image is not available

IQOO merupakan antara 15 pengeluar terawal yang bakal menggunakan cip pemprosesan ini. Mengulas lanjut, IQOO mendedahkan ianya akan digunakan pada model baharunya iaitu IQOO 11 5G. Pendedahan juga sekaligus mengiyakan butiran mengenai spesifikasi telefon pintar ini yang pernah tular sebelum ini.

image is not available

Ini sahaja maklumat yang didedahkan setakat ini. Dalam masa sama, IQOO juga sedia mengacah kehadirannya secara rasmi ke pasaran Malaysia melalui model IQOO 11 5G. Untuk lebih lanjut, sama-sama nantikan perkembangan lebih lanjut dari semasa ke semasa.