Niantic Memperlihatkan Rekaan Set Kepala AR Yang Menggunakan Cip Snapdragon AR2 Gen 1

TechnologyDigital
17 Nov 2022 • 8:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Cip Snapdragon AR2 Gen 1 diumumkan awal pagi tadi di acara Snapdragon Summit. Pada cip generasi terkini ini, kemampuan kecerdasan buatan meningkat hampir 3x ganda dengan penjimatan kuasa pula sehingga 50%. Niantic yang terkenal sebagai pembangun Pokemon GO dan Ingress telah memperlihatkan rekaan set kepala realiti terimbuh (AR) mereka yang menggunakan cip ini.

image is not available

Sebelum ini Niantic mengacah beberapa rekaan set kepala AR yang tidak pernah dilancarkan. Dalam demo yang diperlihatkan, pemakai set kepala ini boleh melihat objek maya yang digabungkan secara realistik dengan dunia sebenar. Set kepala ini bukan sahaja menyokong platform Lightship milik mereka tetapi juga Snapdragon Spaces oleh Qualcomm.

Kepakaran Qualcomm dalam pengimejan, kecerdasan buatan dan rangkaian digabungkan dengan kepakaran pemetaan serta realiti maya Niantic dalam set kepala yang khusus ini.