IQOO 12 telah dilancarkan di Malaysia pada Disember 2023 dan menjalankan Android 14 melalui pelancar FuntouchOS 14. Ketika itu, IQOO menjanjikan kemas kini tiga versi sistem operasi Android dan tampalan sekuriti selama empat tahun.

Terbaharu IQOO mengumumkan lanjutan kedua-dua kemaskini tersebut sebanyak satu tahun tambahan. Sekali gus menjadikan IQOO 12 akan menerima kemaskini empat tahun versi Android dan sekuriti lima tahun. Meskipun tidak standing tujuh tahun yang ditawarkan pada peranti terkini Pixel dan Samsung. Ia masih boleh dianggap langkah yang betul oleh IQOO untuk memberikan sokongan jangka masa panjang. Selain itu boleh mewujudkan pengalaman peranti yang selamat dan dikemaskini untuk masa mendatang.
IQOO 12 dijual di Malaysia pada harga RM3,399 dengan konfigurasi 16GB RAM dan storan dalaman 512GB.
