IQOO 15 akan dilancarkan secara rasmi di China pada 20 Oktober 2025 sebagai telefon mercu terbaharu daripada jenama tersebut.

Peranti akan dilengkapi dengan skrin Samsung 6.85 inci 2K OLED yang menggunakan bahan M14 untuk paparan lebih terang serta menyokong teknologi Dolby Vision.
Selain itu, ia turut disertakan cip Q3 yang membolehkan permainan beresolusi 2K dijalankan pada kadar bingkai 144FPS untuk pengalaman grafik yang lebih responsif.
IQOO mengesahkan bahawa peranti akan menggunakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5. Ia turut dilengkapi sistem kamera tiga lensa 50MP yang terdiri daripada kamera utama bersaiz 1/1.5 inci, kamera ultra-lebar dan kamera periskop dengan sokongan zum sehingga 100X.

Peranti ini turut menjalankan sistem operasi OriginOS 6 berasaskan Android 16 serta hadir dengan fungsi tambahan seperti kalis air IP68/IP69, sensor cap jari 3D ultrasonik generasi baharu, pembesar suara stereo dan bateri berkapasiti 7000mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W.
Dalam pelancaran yang sama, IQOO turut akan memperkenalkan beberapa produk lain termasuk tablet IQOO Pad 5e, jam tangan pintar IQOO Watch GT 2 dan fon telinga IQOO TWS 5.


