iQOO 16 menjadi sebuah lagi peranti menggunakan Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 selepas siri Xiaomi 18 Pro dan Honor Magic9. Peranti ini hadir dengan skrin 6.85″ AMOLED Samsung M16 yang menyokong kadar segar semula sehingga 165Hz, Dolby Vision dan boleh mencapai keterangan puncak 10,000 nits.

Cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 dipadankan dengan memori sehingga 16GB RAM LPDDR5x, storan sehingga 1TB UFS 4.1 dan bateri sebesar 8500 mAh yang menyokong pengecasan 100W berwayar atau 40W nirwayar.

Kamera utama pula terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP, ultra lebar 50MP dan telefoto 50MP dengan zum optikal sehingga 3X. Sementara itu di hadapan pula kamera swafoto sebesar 32MP. Ketiga-tiga kamera utama di belakang diletakkan dalam bonggol mirip iPhone 16 Pro.

Peranti menggunakan sistem operasi OriginOS 7 berasaskan Andorid 17. Sementara tubuh melepasi piawaian IP69, speaker stereo, pengimbas cap jari bawah skrin ultrasonik, NFC dan pemancar IR. Harga jualan di China adalah seperti di bawah.
iQOO 16 (12/256GB) – RMB 5999 (~RM 3650)
iQOO 16 (12/512GB) – RMB 6799 (~RM 4136)
iQOO 16 (16/512GB) – RMB 7499 (~RM 4563)
iQOO 16 (16/1000GB) – RMB 8499 (~RM 5171)



