iQOO Neo 10 Dengan Snapdragon 8s Gen 4 Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM1999

TechnologyDigital
5 Jun 2025 • 3:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

IQOO telah melancarkan model baharu Neo 10 di Malaysia. Peranti ini menawarkan pelbagai ciri menarik dalam kelasnya, termasuk pemproses Snapdragon 8s Gen 4 dengan sistem penyejukan berskala besar. Ia merupakan antara peranti terawal di Malaysia yang menggunakan cip itu sekaligus menjadikannya pilihan menarik bagi pengguna yang mahukan prestasi tinggi pada harga berpatutan.

image is not available

image is not available

Peranti ini dilengkapi dengan skrin AMOLED 6.78 inci beresolusi 1.5K dan kadar segar semula 144Hz untuk pengalaman visual yang lancar. Ia turut menyertakan cip Q1 Intelligent Display bagi menghasilkan imej yang lebih tajam. Dari segi memori, pengguna mempunyai pilihan sehingga 16GB RAM LPDDR5X Ultra serta storan dalaman 512GB UFS 4.1. Sistem operasi digunakan ialah FuntouchOS 15 (Android 15) bersama beberapa ciri berasaskan AI seperti AI Image Expander, AI Image Studio, Circle to Search dengan Google, AI Eraser, Live Call Translation, AI Note Assist dan lain-lain.

image is not available

image is not available

Sistem kamera utama peranti ini menggabungkan sensor 50MP dengan sokongan OIS dan kamera tambahan 8MP. Sementara itu, kamera hadapan beresolusi 32MP ditawarkan untuk pengalaman swafoto yang lebih baik. Selain itu, peranti ini dilengkapi dengan bateri besar 7,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W Flash Charge. Ia juga menawarkan fungsi NFC, sistem audio stereo dan penarafan IP65 bagi ketahanan tambahan.

image is not available

Di Malaysia, IQOO Neo 10 ditawarkan pada harga bermula RM1999 (12GB/256GB) (eksklusif atas talian) manakala RM2199 bagi versi 16GB/512GB. Pembelian menerusi kedai dan pengedar rasmi IQOO Malaysia memberikan kelebihan seperti hadiah percuma bernilai diantara RM499 hingga RM628, serta diskaun tambahan RM100 untuk pelajar dan pensyarah. Tawaran kedua-dua versi ini disediakan bermula sekarang hingga 9 Julai 2025.