IQOO U5e Kini Rasmi – Sokong Dimensity 700, Kamera 13MP

TechnologyDigital
22 Jun 2022 • 1:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Barisan peranti pintar keluaran iQOO telah dikemaskini dengan variasi baharu menerusi pengenalan iQOO U5e. Ia lengkap dengan rangkaian 5G terbina menerusi penggunaan MediaTek Dimensity 700. Di samping itu, ia turut memuatkan kapasiti bateri cukup besar berkapasiti 5,000mAh.

image is not available

Bersama-sama dengannya, ia turut menggunakan skrin sebesar 6.51-inci LCD dengan panel hadapan sejenis bertakuk. Beberapa ciri tambahan yang turut disokong termasuklah beresolusi HD+, kadar segar semula 60Hz dan nisbah aspek 20:9.

Memori yang dibekalkan pula mencapai 6GB RAM dengan padanan storan dalaman 128GB. Sistem pengecasan 18W turut disokong dengan port sambungan USB yang boleh digunakan untuk tujuan pengecasan semula peranti. Tetapan kamera utama adalah 13MP + 2MP dan kamera swafoto pula sebesar 8MP.

Lain-lain spesifikasi termasuklah pengimbas cap jari sisi, menjalankan sistem operasi OriginOS berasaskan Android 12 dan sebagainya. Untuk harga, ia dijual bermula RMB1499 (~RM982).