Realme V20 5G Dilancarkan Dengan Dimensity 700, Bateri 5000mAh

TechnologyDigital
14 Jun 2022 • 12:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Variasi baharu peranti Realme di bawah siri V telah dilancarkan di China. Dikenali sebagai Realme V20 5G, ia lengkap dengan sokongan 5G terbina menerusi penggunaan cip MediaTek Dimensity 700. Di samping itu, ia turut dimuatkan dengan bateri berkapasiti 5000mAh.

image is not available

Seterusnya, panel hadapannya dilengkapi skrin sebesar 6.5-inci IPS LCD beresolusi HD+. Cip MediaTek Dimensity 700 yang digunakan dipadankan dengan memori 4GB RAM dan storan dalaman 128GB. Kamera utama pula terdiri dengan 13MP + VGA dan kamera hadapan sebesar 5MP.

Lain-lain spesifikasi termasuklah sistem pengecasan 10W, tiada bicu audio 3.5mm dan boleh didapati dalam dua pilihan warna seperti Star Blue serta Ink Cloud Black. Untuk harga, Realme V20 5G dijual pada RMB999 (~RM656).