IQOO Z11 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Dengan Bateri 9020mAh – Tempahan Awal Disertakan Hadiah Bernilai Sehingga RM516

LocalTechnology
28 Apr 2026 • 5:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

IQOO Malaysia bakal melancarkan dua peranti baharu, iQOO Z11 5G dan iQOO Z11x 5G. Siri ini menawarkan ciri berprestasi tinggi dengan bateri besar, sistem penyejukan canggih serta binaan yang nipis dan ringan.

image is not available

Antara tumpuan utama ialah bateri 9020mAh Silicon BlueVolt, kapasiti terbesar pernah digunakan pada peranti iQOO setakat ini. Ia turut disokong pengecasan pantas 90W FlashCharge yang memberikan kemudahan penggunaan harian. Menariknya, walaupun hadir dengan bateri sebesar itu, peranti ini masih mampu mengekalkan tubuh senipis 8.25mm. Turut disertakan ialah sistem penyejukan 7000 mm² Icecore Cooling System bagi pengaliran haba yang lebih baik ketika pengalaman bermain permainan.

image is not available

Seterusnya, iQOO Z11 hadir dengan cip MediaTek Dimensity 7400-Turbo, bateri besar 7200mAh bersama pengecasan pantas 44W FlashCharge, serta ketahanan lasak dengan penarafan IP68/IP69 terhadap air dan debu. Itu sahaja spesifikasi dikongsikan setakat ini, namun pra-tempahan dibuka sehingga 5 Mei 2026 dengan hadiah bernilai RM516.

image is not available

Untuk IQOO Z11 5G, hadiah percuma termasuk IQOO Backpack bernilai RM129, IQOO Buds Air bernilai RM129, Jaminan Lanjutan 1 + 1 Tahun bernilai RM159 dan perlindungan skrin retak satu tahun bernilai RM99. Manakala bagi IQOO Z11x 5G, hadiah percuma terdiri daripada IQOO Backpack bernilai RM129, jaminan tambahan 1 + 1 tahun bernilai RM159 serta perlindungan skrin retak satu tahun bernilai RM99.

Harga rasmi bagaimanapun masih belum dikongsikan setakat artikel ini ditulis.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved