IQOS ILUMA : Langkah Yang Betul Ke Arah Malaysia Bebas Asap Rokok Seperti Jepun?

Health & Fitness
8 Nov 2023 • 6:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Philip Morris Malaysia Sdn. Bhd. (PMM) baru-baru ini ada melancarkan peranti terbaharunya yang lebih inovatif dikenali sebagai IQOS ILUMA sebagai salah satu daripada usaha berterusan syarikat tersebut membawakan era baharu bebas asap rokok ke negara ini.

image is not available

Menggunakan Smartcore Induction System dan Terea Smartcore Stick, IQOS ILUMA tersebut akan menghasilkan wap tembakau yang konsisten tanpa bau yang kurang menyenangkan dan habuk.

IQOS ILUMA tampil dengan teknologi tanpa bilah supaya ia tidak perlu dibersihkan kerana tiada sisa tembakau akan terhasil berbanding dengan peranti sebelum ini dan menurut kajian, ia mampu mengurangkan sehingga 95 peratus bahan kimia berbahaya berbanding rokok tradisional kerana tiada pembakaran tembakau berlaku.

Menurut laporan Utusan, IQOS ILUMA didatangkan dalam tiga reka bentuk dan ianya boleh dibeli di 23 pusat jualan, kedai-kedai serbaneka di seluruh negara dan juga secara dalam talian.

Laman web WHO menyatakan, terdapat 1.3 billion perokok di seluruh dunia dengan 80% daripadanya adalah daripada kalangan mereka yang menetap di negara yang berpendapatan sederhana dan rendah.

Salah satu negara yang berdepan dengan masalah bilangan perokok yang ramai adalah Jepun dengan 50 peratus daripada perokok terdiri daripada lelaki dan 33 peratus daripada orang dewasa di Jepun menggunakan bahan yang diperbuat daripada tembakau tersebut.

image is not available

Pun begitu, pada tahun 2015, sesuatu berubah. Penjualan rokok mula merosot lima kali lebih cepat berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Jadi apakah di sebalik kemerosotan dramatik ini? Jawapannya bermula dengan sains!

Alternatif bebas asap rokok yang terbukti secara saintifik untuk orang dewasa yang tidak boleh berhenti dengan tabiat merokok memainkan peranan penting dalam pengurangan bahaya, dan Sistem Pemanasan Tembakau (THS) ialah alternatif bebas asap rokok yang mana Jepun adalah negara pertama di mana THS dilancarkan.

Tidak seperti produk berasaskan tembakau yang dibakar, produk tembakau yang dipanaskan, atau HTP, memanaskan tembakau tanpa membakarnya, sehingga menghasilkan aerosol tembakau yang mengandungi nikotin.

Secara tidak langsung, pengguna masih menerima kepuasan yang sama seperti produk tembakau biasa yang ada di pasaran.

image is not available
Disebabkan itu, pengenalan HTP adalah penjelasan yang paling mungkin untuk penurunan jualan rokok di Jepun dan seterusnya, mencatatkan trend penurunan jualan tembakau secara berterusan walaupun selepas pelancaran HTP.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article