Iqram Dinzly Dah Kahwin Dengan Wanita Bergelar Ahli Perniagaan? – “Dah Nikah, Resepsi Bulan 9 Di Kelantan”

EntertainmentBusiness & Finance
8 Jan 2025 • 10:57 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon sensasi, Iqram Dinzly didakwa sudah bergelar suami orang apabila selamat diijab kabul dengan seorang wanita bergelar ahli perniagaan baru-baru ini.

Malah, perkara itu turut disahkan rakan selebriti, pelakon Shah Iskandar di akaun Instagram miliknya semalam.

image is not available

Confirm guys. Nikah dah. Resepsi bulan sembilan dekat Kelantan. Untunglah Mek Kelantan ahli perniagaan tu. Kita doakan yang baik-baik guys.

Pelakon itu juga dilihat memuat naik foto memaparkan dirinya berpakaian baju melayu berona putih serta foto sebentuk cincin di media sosial.

Dalam hantaran tersebut, Iqram memberi bayangan seolah-olah sudah selesai melaksanakan sesuatu.

image is not available

image is not available

Sebelum degap degup dada. Walaupun detik-detik terakhir pelbagai cobaannya. Selepasnya, lega.Alhamdulillah, sah.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen dan rakan selebriti tampil meninggalkan ucapan tahniah buat Iqram namun aktor itu tidak lagi memberi kenyataan berhubung isu ini kepada media.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

"Tipikal Dan Merendahkan Maruah Wanita" - Juliana Evans Tekad Tak Akan Ambil Tawaran Watak Penyondol