“Confirm guys” – Shah Iskandar Umum Iqram Dinzly Sudah Bernikah, Majlis Resepsi Bulan 9

Entertainment
7 Jan 2025 • 5:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelakon terkenal Shah Iskandar Mahfuz, menerusi IG Story miliknya berkongsi rakan pelakonnya, Iqram Dinzly sudah pun selamat bernikah.

Dalam hantaran itu, difahamkan Iqram Dinzly selamat bernikah dengan seorang ahli perniagaan dari Kelantan.

image is not available

“Confirm guys, nikah dah, resepsi bulan 9 kat Kelantan. Untung lah Mek Kelate businesswoman tu. Kita doa kan yang baik-baik guys,” tulisnya.

Sebelum ini, Iqram Dinzly menerusi laman Instagram miliknya ada berkongsi gambarnya berbusana baju Melayu lengkap serba putih di hadapan sebuah masjid dengan kapsyen yang memberi bayangan dia sudah selamat bernikah.

Dalam hantaran, pelakon Dunia Baru The Movie itu juga memuat naik gambar sebentuk cincin permata.

Pun begitu, setakat artikel ini ditulis masih belum ada kenyataan rasmi daripada pelakon itu atau apa-apa hantaran di media sosial miliknya.

Kita doakan yang baik-baik je okay!

Sumber: Instagram (1)(2)

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.