Ira Kazar Akhirnya Muat Naik Foto Mesra Dengan Pengganti Syamsul Yusof?

EntertainmentLifestyle
3 Jun 2025 • 11:39 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ira Kazar Pengganti

Nama Ira Kazar sekali lagi mencuri tumpuan selepas berkongsi gambar bersama seorang jejaka tampan dipercayai berasal dari Turkey. 

Gambar yang dimuat naik di Instagram itu menunjukkan mereka kelihatan mesra dan gembira bersama.

Difahamkan, lelaki tersebut dikenali sebagai Sirac Kaya, dan ramai netizen mula ‘menyiasat’ profilnya yang meletakkan bendera Turkey di bio Instagram.

Netizen kaitkan dengan status Ira Kazar sebelum ini 

image is not available

Timbul spekulasi bahawa Ira kini sedang dilamun cinta baru, selepas sebelum ini menjawab secara selamba dalam satu komen bahawa dia “tengah gaduh” — seolah-olah mengesahkan dirinya sudah berpunya semula selepas berpisah dengan pengarah kontroversi Syamsul Yusof.

Tengah gaduh.

Siapa Sirac Kaya sebenarnya?

image is not available

Walaupun tidak banyak info didedahkan, kehadiran lelaki ini sudah cukup untuk membuat peminat dan netizen berteka-teki tentang hubungan mereka. 

Ada yang mengucapkan tahniah, namun tak kurang juga yang memberi amaran agar tidak terburu-buru dalam soal hati.

Pssttt! Soal cinta memang indah, tapi pastikan ia dibina atas asas yang kukuh, bukan hanya untuk menutup luka lama. Jangan mudah jatuh, takut nanti susah nak bangun.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.