Ira Kazar makin rajin kongsi gambar, wajah bergenang air mata curi perhatian?

LocalEntertainment
21 Aug 2024 • 2:52 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Isteri kepada Syamsul Yusof, Ira Kazar makin rajin kongsi gambar di Instagram selepas lama mendiamkan diri dari platform tersebut.

Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin dilihat mencuri perhatian apabila memuat naik gambar di dalam kereta tanpa kapsyen keadaan dirinya yang seperti bergenang air mata.

image is not available

Ira Kazar makin rajin kongsi gambar, tapi wajah nampak sembab

Walaupun ia seakan tidak begitu ketara, namun wajah sembabnya jelas kelihatan memandangkan dia juga turut menyertakan emoji tanda hati tanpa sebarang kapsyen.

Dalam pada itu, anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi itu juga ada memuat naik gambar beberapa hidangan di atas meja serta minuman laicikang.

image is not available

Ira Kazar makin rajin kongsi gambar, banyak gambar selfie

Terbaru, dia turut berkongsi gambar selfie dirinya di dalam kereta dengan mengucapkan salam sambil melemparkan senyuman dan menyertakan lagu berjudul Suga Suga dari rapper antarabangsa, Baby Bash.

image is not available

Perkongsian dari Ira Kazar ini kerap menjadi perhatian ramai selepas berita berkenaan tindakan suaminya, pengarah tersohor, Syamsul Yusof yang menfailkan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Perkara tersebut sudah tentu mengejutkan ramai apabila perkahwinan yang berlangsung di Selatan Thailand ini goyah dengan alasan tiada persefahaman walaupun baru berjalan kurang dari dua tahun.

Sumber: Instagram Ira kazar