Iran alami gangguan elektrik setiap dua jam sehari

WorldPolitics
23 Nov 2026 • 9:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Iran alami gangguan elektrik setiap dua jam sehari

TEHERAN: Iran melaksanakan pemotongan bekalan elektrik secara bergilir mulai semalam susulan kerosakan infrastruktur tenaga akibat perang di Asia Barat yang memburukkan lagi krisis bekalan tenaga negara itu.

Ketua syarikat elektrik kebangsaan Iran, Mohammad Allahdad berkata, sekatan pengagihan bekalan terpaksa dilaksanakan mulai Ahad berikutan kekangan bekalan bahan api.

Beliau berkata, gangguan bekalan dijangka berlangsung kira-kira dua jam setiap dua hari atau sehingga dua jam sehari, bergantung kepada kawasan.

“Berdasarkan keadaan bekalan bahan api negara, sektor elektrik terpaksa melaksanakan sekatan pengagihan bermula Ahad,” katanya kepada stesen televisyen kerajaan semalam.

Iran sebelum ini turut melaksanakan catuan elektrik sejak beberapa tahun kebelakangan ini berikutan kekurangan bahan api di loji janakuasa.

Semalam, Presiden Masoud Pezeshkian berkata, serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap infrastruktur tenaga Iran memburukkan lagi krisis bekalan menjelang musim sejuk.

“Serangan terhadap infrastruktur gas negara memburukkan keadaan dan kita perlu menjangkakan kesukaran sepanjang musim sejuk ini,” katanya seperti dipetik agensi berita ISNA.

Walaupun memiliki antara rizab minyak dan gas terbesar dunia, Iran sejak sekian lama bergelut memenuhi permintaan tenaga domestik.

Keadaan itu turut diburukkan oleh grid elektrik yang semakin usang akibat kekurangan pelaburan selama bertahun-tahun, sebahagiannya susulan sekatan Barat yang dikenakan sejak beberapa dekad lalu.

Gangguan bekalan elektrik berulang mencetuskan rasa tidak puas hati penduduk, malah memaksa pihak berkuasa menutup pejabat kerajaan dan mengurangkan operasi perkhidmatan ketika cuaca ekstrem serta berlakunya kekurangan bahan api.- AFP

The post Iran alami gangguan elektrik setiap dua jam sehari appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved