
Hamilton – Sebahagian besar keupayaan peluru berpandu Iran masih belum digunakan sepanjang konflik dengan Amerika Syarikat (AS), menurut jurucakap Kementerian Pertahanan negara itu.
Memetik laporan Anadolu Ajansi (AA) yang merujuk kepada Tasnim News, Jeneral Reza Talaei-Nik berkata keupayaan sebenar ketenteraan Iran masih belum digerakkan sepenuhnya.
“Sebahagian besar keupayaan peluru berpandu kami masih belum digunakan,” katanya seperti dilaporkan agensi berita separa rasmi itu.
Menurut beliau, pasukan Iran turut mendakwa berjaya mengekalkan penguasaan udara sepenuhnya ke atas wilayah yang diduduki Israel sepanjang konflik berkenaan.
Menurut Laporan BERNAMA, Ketegangan Yang Memuncak Antara Iran, Amerika Syarikat Dan Israel Sejak Akhir Februari Lalu Terus Meningkatkan Risiko Konflik Lebih Besar Di Rantau Itu.
“Sebahagian daripada keupayaan peluru berpandu kami telah digunakan sepanjang perang selama 40 hari itu,” katanya sambil menegaskan tentera Iran berada dalam kedudukan lebih menguasai sepanjang tempoh berkenaan.
Kapal Perang Musuh Didakwa Berundur
Mengulas perkembangan di laut, Talaei-Nik mendakwa beberapa kapal perang musuh terpaksa berundur ratusan kilometer dari Laut Oman susulan tindakan tegas pasukan Iran.
Dalam perkembangan sama, ketegangan yang tercetus sejak 28 Februari lalu antara AS dan Israel terhadap Iran turut memberi kesan besar kepada laluan perdagangan utama dunia.
Perkapalan melalui Selat Hormuz dilaporkan terjejas teruk, sekali gus memberi impak kepada pasaran tenaga global serta mencetuskan kebimbangan terhadap potensi krisis ekonomi berpanjangan. – The Malaysian Update
The post Iran Dakwa Keupayaan Peluru Berpandu Masih Belum Digunakan Sepenuhnya Dalam Konflik Dengan AS appeared first on The Malaysian Update.


