Iran dakwa musnah 11 pesawat termasuk helikopter AS

WorldPolitics
26 Jul 2026 • 12:05 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Iran dakwa musnah 11 pesawat termasuk helikopter AS

TEHERAN: Iran pada Sabtu mendakwa angkatan tenteranya memusnahkan 11 pesawat dan helikopter tentera Amerika Syarikat (AS) ketika masih berada di darat sepanjang konflik selama 15 hari dengan Washington.

Bercakap kepada agensi berita separa rasmi Tasnim, jurucakap Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Brigedier Jeneral Hossein Mohebbi berkata, serangan itu dilancarkan antara 8 Julai hingga 22 Julai.

Mohebbi mendakwa aset yang dimusnahkan termasuk 17 dron peninjau dan operasi, termasuk lapan dron yang disifatkannya sebagai serba baharu, sebuah pesawat pejuang F-15 yang ditempatkan dalam kubu perlindungan berkubu, sebuah pesawat rondaan maritim P-8, sebuah pesawat pengangkut tentera C-17, serta lapan pesawat pengisian minyak di udara.

Beliau berkata, semua pesawat itu dimusnahkan ketika berada di pangkalan tentera AS, tetapi tidak mendedahkan lokasi pangkalan berkenaan.

Mohebbi turut mendakwa serangan Iran telah merosakkan sembilan pusat arahan dan kawalan, lima sistem komunikasi satelit, enam radar pertahanan udara Patriot,  tiga radar pemantauan udara serta  laut.

Beliau berkata, Iran turut merosakkan lapan radar peninjauan dan amaran awal,  tujuh radar pertahanan peluru berpandu,  enam pelancar peluru berpandu; empat pelancar roket HIMARS ,sebuah pusat data risikan, empat hangar pesawat pejuang, empat helikopter serta enam depoh peluru berpandu.

Jurucakap IRGC itu turut mendakwa lebih 200 anggota tentera AS terbunuh selepas Washington didakwa melanggar memorandum persefahaman (MoU), sambil menyifatkan angka korban yang diumumkan oleh AS sebagai pembohongan mutlak. – AGENSI

The post Iran dakwa musnah 11 pesawat termasuk helikopter AS appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved