Iran serang pusat data di Bahrain milik Amazon

WorldTechnology
24 Jul 2026 • 6:13 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Iran serang pusat data di Bahrain milik Amazon

TEHERAN: Kor Pengawal Revolusi Iran pada Jumaat berkata bahawa mereka telah menyasarkan sebuah pusat data di Bahrain milik syarikat teknologi gergasi Amerika Syarikat (AS), Amazon, menurut laporan media kerajaan.

Pasukan itu berkata dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh televisyen kerajaan bahawa mereka menyasarkan dan memusnahkan bangunan pusat data risikan milik syarikat Amerika, Amazon.

Bagaimanapun, Amazon dan pihak berkuasa Bahrain setakat ini belum memberikan sebarang komen berhubung dakwaan Iran tersebut.

Kor Pengawal Revolusi,  sayap ideologi dalam angkatan tentera Iran sebelum ini turut mendakwa pada Rabu bahawa mereka menyasarkan pusat data itu.

Teheran menegaskan bahawa mana-mana kemudahan atau pangkalan di Asia Barat yang digunakan oleh tentera AS untuk melancarkan serangan terhadap Iran dianggap sebagai sasaran yang sah untuk tindakan balas. – AFP

The post Iran serang pusat data di Bahrain milik Amazon appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved