Iran Eksport 250 Juta Bahan Makanan Ke Qatar Setiap Hari, Sempena Piala Dunia

22 Nov 2022 • 8:47 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Orang ramai menyaksikan pembukaan bunga api sempena pembukaan Piala Dunia di Qatar. - Gambar AFP

Iran mengeksport 250 juta tan bahan makanan dan produk pertanian ke Qatar setiap hari semasa kejohanan Piala Dunia FIFA, kata ketua Pertubuhan Promosi Perdagangan (TPO) Iran, Ali-Reza Peyman-Pak.

Beberapa kargo mengandungi produk Iran telah dihantar ke Qatar dan negara jiran di bawah perjanjian antara kedua-dua negara, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Pelaksanaan perjanjian sedemikian telah disediakan ketika TPO menyertai pameran di Doha, Qatar baru-baru ini.

Sementara itu, promosi perdagangan dengan negara jiran menjadi pendekatan utama kerajaan Iran sekarang, katanya.

Qatar turut menurunkan tarif untuk ahli perniagaan Iran bagi eksport semula (re-exports).

Piala Dunia FIFA Qatar 2022 membuka tirainya pada Ahad dan perlawanan akhir akan berlangsung pada 18 Disember. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved