Iran Isytihar Berkabung 40 Hari, Cuti Umum Seminggu Susulan Kematian Khamenei

WorldPolitics
1 Mar 2026 • 5:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Iran mengumumkan tempoh berkabung selama 40 hari selepas pemimpin tertingginya, Ayatollah Ali Khamenei, dilaporkan terkorban dalam serangan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

Khamenei memegang jawatan sebagai Pemimpin Tertinggi Iran sejak 1989 selepas kematian Ayatollah Ruhollah Khomeini, tokoh yang memimpin Revolusi Islam 1979.

Selain Khamenei, beberapa pegawai kanan keselamatan turut dilaporkan maut dalam serangan pada Sabtu, termasuk ahli keluarga terdekat beliau.

Artikel berkaitan: ⁠Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khamenei Terbunuh Dalam Serangan Israel-AS

Menurut laporan Al Jazeera, insiden tersebut disifatkan sebagai antara tamparan paling besar terhadap kepimpinan Iran sejak Revolusi Islam 1979.

Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, menyifatkan serangan itu sebagai satu jenayah besar.

Selain tempoh berkabung selama 40 hari, beliau turut mengisytiharkan cuti umum selama tujuh hari di seluruh negara.

Sumber: Al-Jazeera

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.