Iran, Jepun buat perhitungan suku akhir Qatar 2023

1 Feb 2024 • 9:45 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pemain Iran meraikan jaringan Mehdi Taremi. Foto Agensi

IRAN dipaksa bergelut sebelum mengesahkan kemaraan ke suku akhir temasya Piala Asia Qatar 2024 selepas menewaskan Syria pada Khamis.

Dalam perlawanan pusingan 16 terbaik di Stadium Abdullah bin Khalifa itu, Iran menang 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 dalam aksi pusingan 16 terakhir Piala Asia.

Mehdi Taremi terlebih dulu meletakkan Iran kendalian Amir Ghalenoei memimpin perlawanan selepas menyempurnakan sepakan penalti minit ke-34.

Syria kendalian Hector Cuper kemudiannya menyamakan kedudukan apabila Omar Khrbin tenang menyudahkan penalti pada minit ke-64 untuk keputusan 1-1.

Iran juara dua kali selepas itu terpaksa bermain 10 pemain selepas Taremi mengutip kad kuning kedua sekali gus dilayangkan kad merah pada minit ke-91.

Bagaimanapun, Iran berjaya bertahan dan membawa perlawanan ke sepakan penalti yang melanjutkan rekod tanpa kalah Ghalenoei kepada 15 perlawanan sejak mengendalikan Pasukan Melli pada Mac lalu.

Kemenangan itu membolehkan Iran berdepan dengan juara empat kali Jepun di Stadium Education City, Sabtu ini.

Jepun pula mara selepas mengalahkan Bahrain, 3-1 dalam satu lagi perlawanan Pusingan 16 Terbaik di Stadium Al Thurnama.

Gol Jepun dijaringkan Ritsu Doan (m-31), T Takefusa Kubo (m-49), Ayase Ueda (m-72) yang sebelum itu menjelmakan jaringan saguhati Bahrain (m-64)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved