Iran Lancar Serangan Peluru Berpandu Terbaharu Ke Atas Israel

WorldPolitics
17 Jun 2025 • 5:09 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

TEHRAN, 17 Jun (Bernama-IRNA) — Angkatan Tentera Iran melancarkan serangan baharu ke atas sasaran di wilayah-wilayah yang diduduki Israel, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).

Menurut laporan itu, serangan terkoordinasi bermula lewat malam Isnin, memaksa berjuta-juta penduduk Israel berlindung di dalam bunker bawah tanah buat hari keempat berturut-turut.

Serangan itu dilaporkan dimulakan dengan pelancaran dron, diikuti tembakan peluru berpandu berkuasa tinggi awal pagi Selasa, menurut IRNA.

Israel sebelum ini telah melancarkan serangan ke dalam wilayah Iran, termasuk ke atas bangunan kediaman, dalam tindakan agresif tanpa provokasi pada 13 Jun lalu, yang mengorbankan pegawai tentera dan orang awam Iran.

Sumber: BERNAMA