
TEHERAN: Ketegangan antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) berpotensi merebak ke luar Asia Barat jika Presiden Donald Trump memilih untuk meningkatkan lagi konflik dengan Teheran.I randilaporkan sudah menilai beberapa sasaran Amerika di Eropah.
Menurut laporan Financial Times kelmarin, Iran kini mempertimbangkan kemungkinan menyerang aset ketenteraan AS di beberapa negara Eropah Tenggara jika Washington melancarkan serangan baharu.
Memetik dua sumber yang rapat dengan kerajaan Iran, akhbar Britain itu melaporkan tentera Iran menilai kemungkinan menyerang aset AS di negara termasuk Bulgaria, yang bulan lalu meluluskan penggunaan pangkalan udara Bezmer oleh pesawat pengisian bahan api AS.
Cyprus Selatan di bawah pentadbiran Greece, lokasi sebuah pangkalan udara Britain yang pernah diserang dron pada Mac lalu, turut dikenal pasti sebagai antara sasaran berpotensi sekiranya AS memperbaharui serangan, menurut salah satu sumber.
Tentera Iran juga dilaporkan meneliti kemungkinan menyasarkan kabel gentian optik dasar laut di Selat Hormuz sekiranya konflik terus meningkat.
Sumber memberitahu Financial Times, Teheran sedang menyediakan beberapa pilihan untuk meluaskan konflik yang bermula pada 28 Februari apabila AS bersama Israel menyerang Teheran sehingga membunuh Pemimpin Tertingginya, Ayatollah Ali Khamenei.
Pilihan untuk meluaskan konflik itu adalah kerana Trump mahu meneruskan ancaman dengan menyerang infrastruktur Iran.
“Sekiranya AS melampaui batas, Iran akan mempertahankan diri dengan apa jua cara, melangkaui rantau ini dan turut menyerang Eropah,” kata sumber itu.
Laporan itu dibuat ketika rundingan untuk membuka semula Selat Hormuz masih menemukan jalan buntu, manakala prospek rundingan baharu antara Teheran dan Washington semakin pudar.
Susulan kebimbangan serangan Iran itu, Bulgaria meningkatkan langkah keselamatan di Pangkalan Udara Bezmer selepas sebuah laporan media mendakwa Teheran telah menilai beberapa sasaran ketenteraan yang berpotensi di Eropah.
Menteri Dalam Negeri, Ivan Demerdzhiev berkata, Bulgaria telah mengambil semua langkah yang mungkin di pangkalan itu dengan kerjasama Kementerian Pertahanan, lapor agensi berita Bulgaria, BTA..
Iran dan AS menandatangani memorandum persefahaman pada Jun lalu bertujuan menamatkan perang dan membuka laluan kepada perjanjian lebih menyeluruh.
Bagaimanapun, persetujuan itu kemudian gagal selepas kedua-dua pihak saling menuduh melanggar perjanjian, selain tercetus semula permusuhan.
Sejak itu, usaha diplomatik masih gagal mencapai kemajuan dalam membuka semula Selat Hormuz atau menyambung rundingan ke arah perjanjian lebih menyeluruh.
Sementara itu, ketegangan semakin meningkat apabila Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi pada Khamis menolak pelan hukuman ekonomi Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terhadap Teheran dengan menganggpnya sebagai kesinambungan daripada dasar yang gagal.
Menurutnya, hukuman ekonomi itu akan membawa Washington kepada kekalahan lebih besar.
“Kononnya (hukuman ekonomi) itu merupakan usaha mengalih perhatian daripada krisis Amerika sendiri, hutang yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan kos faedah yang semakin meningkat. Meneruskan dasar yang gagal hanya akan membawa kepada kekalahan lebih besar dan permusuhan rakyat Iran..
“Keganasan ekonomi AS mengancam ekonomi global dan kedaulatan di seluruh dunia,” tulis Araghchi dalam hantaran di X.
Dalam hantaran di platform Truth Social, Trump berkata beliau mengumumkan operasi ekonomi paling dahsyat terhadap Iran yang akan menjadi perang ekonomi dan pengasingan Iran pada skala yang belum pernah berlaku sebelum ini.
Trump pada Selasa berkata, tiada rundingan atau perbualan sedang berlangsung atau dijadualkan dengan Teheran.
Iran dan AS menandatangani memorandum persefahaman pada Jun lalu bertujuan menamatkan perang dan membuka laluan kepada perjanjian lebih menyeluruh.
Bagaimanapun, persetujuan itu kemudian gagal selepas kedua-dua pihak saling menuduh melanggar perjanjian, selain tercetus semula permusuhan.
Sejak itu, usaha diplomatik masih gagal mencapai kemajuan dalam membuka semula Selat Hormuz atau menyambung rundingan ke arah perjanjian lebih menyeluruh.
The post Iran sasar aset tentera AS di Eropah appeared first on Utusan Malaysia.



