Iran sasar semua pangkalan tentera, kapal Amerika jika diserang

WorldPolitics
6 Oct 2026 • 9:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Iran sasar semua pangkalan tentera, kapal Amerika jika diserang

TEHERAN: Iran akan menyasarkan semua pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS)  dan kapal milik Amerika jika Washington melancarkan serangan darat ke atas negara itu, kata seorang komander kanan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC).

Ali Fadavi yang merupakan ketua kumpulan penasihat kepada panglima IRGC berkata demikian pada lewat Ahad ketika muncul dalam sebuah program televisyen milik kerajaan Iran.

“Jika Amerika melancarkan serangan darat, kami akan menyasarkan setiap lokasi berkaitan AS, pangkalannya dan setiap kapal berkaitan Amerika,” katanya.

Fadavi berkata, AS memahami bahasa kekuatan ketente­raan, dengan mendakwa rakyat Amerika memahami peluru berpandu yang menyerang kapal perang dan peluru berpandu yang menghentam pangkalan mereka.

Beliau turut berkata, pengeluaran peralatan ketenteraan Iran kini melebihi kadar penggunaannya, sambil mendakwa ke­upayaan semasa negara itu meningkat dengan ketara berbanding dua perang sebelum ini.

Mengenai Selat Hormuz, Fadavi berkata, Iran dan Oman perlu menggubal serta menguatkuasakan peraturan. Ia adalah bagi mengawal laluan perairan strategik itu selain menambah bahawa peraturan berkenaan sudah disediakan dan sedang dilaksanakan, katanya.

Beliau turut memberi amaran bahawa kapal-kapal Amerika akan terdedah kepada serangan Iran sekiranya Washington mengerahkan kapal berkenaan ke rantau itu.

“Amerika hanya mampu men­cetuskan ketegangan melalui udara dan sudah tentu pe­ningkatan ketegangan akan me­mudaratkan pihak Amerika,” katanya.

Fadavi turut berkata, Iran sama sekali tidak menyerang negara Islam. Sebaliknya, kata beliau, Teheran menyasarkan pangkalan tentera AS yang terletak di negara-negara berkenaan.

Fadavi turut berkata, pengeluaran peralatan ketenteraan Iran melebihi kadar penggunaannya.

Beliau mendakwa keupayaan semasa negara itu meningkat dengan ketara berbanding konflik-konflik sebelum ini.

AS dan Israel berkata. perang yang bermula 28 Februari itu perlu bagi menghalang Iran dari­pada memperoleh senjata nuklear, matlamat yang sekian lama dinafikan Teheran.

Namun,  tumpuan tidak lama kemudian beralih kepada usaha membuka semula Selat Hormuz selepas penutupannya mencetuskan kejutan dalam pasaran tenaga dunia.

AS  tidak menyerang Iran se­jak 1 September tetapi  baru-baru ini meningkatkan semula pengumpulan aset ketenteraan di rantau berkenaan.

 

The post Iran sasar semua pangkalan tentera, kapal Amerika jika diserang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved